Tempoh pelantikan ialah satu tahun persekolahan. Tugas Jawatankuasa RIMUP adalah untuk merancang, mengatur, melaksana, dan memantau kegiatan-kegiatan khas yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa. Pengerusi hendaklah memaklumkan kepada PPD selaku penasihat tentang tarikh dan perjalanan mesyuarat.
Tugas-Tugas Khas Mengikut Jawatan. Jawatankuasa bertanggungjawab sepenuhnya atas perjalanan semua mesyuarat. Catatan : Jika Pengerusi dan Naib-naib Pengerusi tidak hadir, jawatankuasa boleh melantik salah seorang daripada ahli jawatankuasa yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa.
Setiausaha hendaklah mencatat dan menyimpan semua minit mesyuarat, menguruskan hal surat-menyurat dan pentadbiran serta membentangkan laporan tahunan.
Bendahari: Bendahari bertanggungjawab:. Menyimpan rekod-rekod kewangan. Menyediakan penyata kewangan tahunan untuk diaudit.
Tempat Mesyuarat. Korum Mesyuarat. Korum mesyuarat mestilah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa. Korum ini hendaklah dihadiri oleh ahli jawatankuasa daripada semua jenis sekolah yang berkenaan.
Program Kecemerlangan Akademik. Pertandingan Fotografi Perpaduan. Aktiviti Sukan dan Permainan. Permainan Tradisional. Mencari Harta Karun. Aktiviti Kokurikulum. Sambutan dan Perayaan. Perkhemahan dan Lawatan. Khidmat Masyarakat. Aktiviti Khidmat Masyarakat akan diadakan dalam bentuk Kegiatan Khas. Bantuan Bencana Alam.
Projek Community Chest projek khas untuk golongan istimewa. Aktiviti Meningkatkan Patriotisme. Pertandingan Lagu-lagu Patriotik sempena dengan Hari Kebangsaan. Kempen Cintai Warisan Bangsa dan Negara. Kelab Rukun Negara. Kempen Kibar Jalur Gemilang.
Program e-Integrasi melibatkan satu sistem interaktif virtual dan fizikal berasaskan tematema perpaduan yang menggalakkan pembelajaran merentasi budaya persefahaman, saling menghormati dan semangat toleransi dalam kalangan peserta. ICT digunakan secara kreatif dan inovatif untuk memupuk hubungan dan persefahaman antara kaum secara tidak formal. Program e-Integrasi akan mewujudkan. En Meor Anuar b Ghazali. Pn Adni Farhanah bt Hashim. Pn Nor Hayati bt Zakaria. Tn Haji Ahznan b Karim.
Cik Siti Onah bt Taib. Cik Siti Fatimah bt Mohd Nawi. En Izzarulnizam b Mohd Khalid. En Suhaimi b Md Sujari. Pn Anis Fadzliana bt Johari. Labels: aktiviti , perpaduan. Sunday, August 2, Patriotisme dan Perpaduan. Manusia di dunia ini semakin dekat dan rapat. Seperti kata Thomas L. Friedman dalam 'The World is Flat', dunia ini bukan bulat tetapi rata. Globalisasi menyebabkannya rata.
Internet, teknologi komunikasi, yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempadan. Budaya, bahasa, bangsa, identiti dan peribadi seolah-olah tidak penting lagi. Akhirnya, semua orang menjadi celaru, keliru dan memudarkan jati diri. Inilah pentingnya patriotisme dalam pengukuhan sesebuah negara. Pertahanan jati diri sesebuah masyarakat mampu mengekalkan keharmonian, kesatuan dan kemakmuran. Kentalnya jati diri dan saling memahami menjadi benteng yang teguh kepada manusia dalam menghadapi kemusnahan yang dibawa oleh globalisasi.
Malaysia yang dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum memerlukan semangat patriotisme untuk bergerak maju, stabil dan dihormati. Perpaduan dapat dikekalkan dengan hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain demi kesatuan rakyat. Sempena bulan Ogos ini, diharapkan semangat patriotik yang tersemai dalam diri setiap anggota masyarakat.
0コメント